
Sementara menantikan pelancaran trailer terbaru Mechamato, studio animasi tempatan Animonsta Studios (Monsta) telah mendedahkan beberapa gambar terbaru animasi tersebut.
Gambar-gambar yang dikongsikan Monsta merupakan gambar tangkap layar dari trailer yang bakal dilancarkan Jumaat ini (1 Januari), dan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada peminat mengenai filem animasi Mechamato yang sangat dinanti-nantikan. Anda boleh saksikan gambar-gambar terbaru dibawah.
Mechamato merupakan animasi prekuel kepada BoBoiBoy yang mana ia akan mengisahkan mengenai seorang budak bernama Amato yang merupakan bapa kepada BoBoiBoy. Filem Mechamato sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, tetapi ditunda kepada tahun hadapan susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Jangan lupa saksikan trailer terbaru Mechamato di laman YouTube rasmi Monsta pada Jumaat ini.