Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Menjelang Finale, “Search” Catat Rating Tertinggi, “Start-Up” Tunjuk Peningkatan

Dengan tinggal satu episod sahaja lagi, drama OCN Search kekal kukul menjelang siri finale.

Pada 14 November, episod terbaru Search bukan sahaja menunjukkan peningkatan, malah turut mencapai rating tertinggi pada siaran hari Sabtu (jumlah penonton biasanya lebih rendah dari siaran hari Ahad). Menurut Nielsen Korea (via Soompi), Search mencatatkan purata skor sebanyak 3.6 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.0 peratus, sekaligus menguasai kedudukan pertama dalam slot waktunya. 

Sementara itu, drama tvN Start-Up menikmati peningkatan jumlah penonton berbanding episod sebelum dengan purata skor sebanyak 4.9 peratus dan 5.1 peratus untuk dua bahagiannya, dan kemuncak sebanyak 5.9 peratus.

Drama KBS 2TV, Homemade Love Story terus menjadi drama yang banyak ditonton pada malam Sabtu dengan purata skor sebanyak 22.9 peratus dan 27.3 peratus, manakala drama JTBC, More Than Friends mencatatkan purata rating sebanyak 1.3 peratus.

Related posts

Song Kang, Lee Si Young & Lee Do Hyun Cuba Untuk Bertahan Dalam Foto Terbaru “Sweet Home”

Zulaikha

Soo Ae Ditawarkan Peranan Dalam Drama Misteri “Gong Jak City”

Zulaikha

Rating “The Penthouse” Melonjak!

Zulaikha

Ji Chang Wook Bakal Bintangi Siri Terbaru Netflix, “Annarasumanara”

Zulaikha

“Awaken” Bermula Baik, “The Penthouse” Sekali Lagi Pecah Rekod Peribadi

Zulaikha

Sah! Korea Remake Siri Popular “Money Heist”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating