Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”


Menjelang siri finale, MBC telah mengeluarkan ‘sneak peek’ terbaru untuk episod akhir.

Dalam gambar terbaru dari penamat drama yang sangat dinanti-nantikan, Han Ji Hyuk berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan pada hari “terkahir pertempurannya”. Sementara beberapa gambar merakamkan aksi Han Ji Hyuk, berjaga-jaga sepenuhnya sambil mengacukan pistol ke arah musuh, satu lagi foto memaparkan ejen itu dalam keadaan cedera dan keletihan, kelihat seperti tewas sambil merenung jauh dengan pandangan kosong.

Saat ini menunjukkan sisi Han Ji Hyuk yang belum pernah dilihat penonton sebelumnya, menimbulkan persoalan apakah dia akan berjaya dalam misinya untuk menjatuhkan Baek Mo Sa dan mengungkap kebenaran sepenuhnya.

The Veil adalah drama aksi blockbuster terbaru yang dibintangi oleh Namgoong Min sebagai Han Ji Hyuk, ejen elit yang juga merupakan legenda di NIS (National Intelligence Service). Kerana rekod dan kemahirannya yang sempurna dalam menyelesaikan misi, Han Ji Hyuk adalah ejen tertinggi yang disanjung tinggi oleh rakan-rakannya.

Namun, ketika dia hampir menjatuhkan sindiket jenayah terancang, Han Ji Hyuk secara tiba-tiba menghilangkan diri. Setelah hilang dan kehilangan ingatan selama setahun, dia kembali berani ke organisasi untuk mencari pengkhianat yang bertanggungjawab atas kejatuhannya


Saksikan episod akhir The Veil di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD).

Sumber: Soompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee