Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Mengujakan’ & ‘Benar-Benar Euphoric’ Antara Reaksi Awal Pengkritik Selepas Menonton “The Batman”

The Batman semakin hampir menemui penonton, dan menjelang tayangannya, filem superhero terbaru DC itu telah mengadakan tayangan perdananya di London, UK malam semalam. 

Bagi menambah keterujaan peminat, MTV telah mengeluarkan video yang memaparkan beberapa pengkritik, yang hadir ke tayangan tersebut, berkongsi maklum balas mereka. Untuk info, ulasan rasmi dan embargo media sosial hanya akan dibenarkan terbit selepas hari Isnin. 


Namun begitu, hadirin yang hadir sempat memberikan reaksi mereka, yang rata-ratanya sangat positif, sekaligus memberikan sedikit gambaran kepada kita tentang pekara yang diharapkan dalam The Batman. 

“Matt Reeves menyampaikan kisah Batman yang ‘menggigit-kuku’, pahit dan menyeronokkan,” kata Hanna Flint dari MTV Movies, manakala Unilad menyifatkan filem itu sebagai “benar-benar euforia.” Empire merasakan ia “mencengkam”, Total Film menggambarkan The Batman sebagai “sensasi”, dan Insider percaya “Robert Pattinson akan menjadi Batman kegemaran baharu anda.”

Anda boleh lihat video yang dikongsikan MTV dibawah bersama rakaman terbaru The Batman.

The Batman diarahkan oleh Matt Reeves dari skrip yang ditulis olehnya bersama dengan Peter Craig. Filem adiwira terbaru DC itu akan menyaksikan Robert Pattinson menyarung mantel Dark Knight.

Turut menyertai barisan pelakon adalahZoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment