Dua tahun lepas kami ada mengeluarkan artikel mengenai tahap keseriusan pembikin filem dan drama tempatan yang bersifat malas mengkaji dan sekadar menangkap muat beberapa adegan-adegan atau babak yang berkaitan dengan perubatan sehinggakan ia menjadi bahan ejekan mereka yang berada dalam bidang perubatan dan paramedik.
Kali ini, giliran mufti Wilayah Persekutuan,Ā Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-BakriĀ pula menegur pengarah tempatan yang bersifat “malu bertanya” ataupun mungkin malas bertanya mengenai adegan-adegan atau storyline drama / filem yang berkaitan dengan agama.
Ini gara-gara kecaman penonton terhadapĀ dramaĀ Menanti FebruariĀ selepas drama berkenaan memaparkan kesilapan dalam soal hukum agama terutamanya dalam hal perkahwinan dan rumah tangga. Drama tersebut telah menunjukan babak perkahwinan Fiza (lakonan Fathia Latiff) dan Edi (lakonanĀ Afiq Muiz) selepas suami pertama Fiza,Ā Arie (Zul Ariffin) hilang tanpa khabar berita selama 6 bulan.
Ramai netizen membangkitkan isu berkenaan sehinggakan pejabat Mufti mengeluarkan kenyataan mengenai hukum Isteri berkahwin baru sekiranya suaminya gagal dikesan tanpa berita selama 6 bulan.
Dalam drama tersebut, Fiza berkahwin dengan Edi selepas Arie hilang dilautan selama 6 bulan, sedangkan peruntukkan undang-undangĀ menetapkan Fiza perlu menunggu selama 1Ā tahun sebelum meminta kebenaran fasakh dan berkahwin dengan Edi. Kesilapan inilah telah menyebabkan netizen bertubi-tubi menghentam drama tersebut.
Kami yang sebelum ini pernah mengulas mengenai isu malas mengkaji, belajar ataupun mendapatkan info pengarah tempatan beranggapan, masih terdapat segelintir pengarah yang “suka buat kepala tau” dalam hal-hal yang berkaitan dengan fakta terutamanya soal agama. Sepatutnya mereka perlu mencontohi pengarah seperti Mamat Khalid, Syamsul Yusof dan beberapa pengarah lain yang bertanyakan kepada pihak yang berwajib dan pakar serta melakukan sedikit kajian sebelum menerbitkan karya mereka.
Ini penting supaya tidak berlaku penyampaian info yang salah dan tidak masuk akal. Ambil contoh kesilapan hukum agama yang ditunjukkan dalam dramaĀ Menanti Februari,Ā ia bukan sahaja akan memberikan impak yang cukup besar kepada penonton yang tidak tahu mengenai hukum sebenar, malah ia akanĀ menjadi bahan kutukan dan kecaman netizen terhadap kesilapan yang berlaku.
Selain itu juga, kepentingan bertanya kepada yang pakar dan membuat sedikit research sedikit sebanyak akan meningkatkan kualiti drama mahupun filem. Sekurang-kurangnya babak yang berfakta seperti hukum agama, hal perubatan, atau apa sahaja punĀ dapat disampaikan dengan tepat kepada para penonton.
Diharap, para pembikin filem ataupun drama perlu melakukan lebih research dan tidak malu untuk mendapatkan nasihat pakar supaya karya mereka dapat menyampaikan fakta dengan betul. Jangan kerana mahu mengejar rating drama ataupun filem sampaikan aspek-aspek berkaitan dengan fakta diketepikan atau sekadar tangkap muat.