Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini tentang siri terbaru Viu Original, She Was Pretty, anda mungkin mahu mula merancang untuk percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan!

Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey!


Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Dapatkan dan isi borang peraduan disini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan ‘Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana….’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey di sini.

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.

Adaptasi drama Korea She Was Pretty versi Malaysia dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis, dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment