Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Men In Black: International Kuasai Carta Box Office AS, Tapi Gagal Raih Kutipan Memberangsangkan


Walaupun filem terbaru Men In Black: International menguasai carta box office domestik Amerika Syarikat, kutipan filem tersebut jauh ketinggalan berbanding 3 filem awal francais Men In Black. MIB: International hanya mampu $28.5 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, jauh dibelakang filem pertama Men In Black (1997) yang meraih $51 juta dolar (bersamaan $81.38 juta dolar pada tahun 2019).

Bagaimanapun, filem lakonan Chris Hemsworth danTessa Thompson, berjaya mengutip $73.7 juta dipasaran antarabangsa menjadi jumlah keseluruhan kutipan minggu pertama sebanyak $102.2 juta seluruh dunia.

Sementara itu, filem animasi terbaru Universal Pictures, The Secret Life of Pets 2 terus menambah jumlah kutipan apabila meraih $23.8 juta untuk pasaran domestik AS dan $8.5 juta untuk pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $154.6 juta dolar.

Filem live action Disney, Aladdin telah berjaya melepasi angka $700 juta selepas filem tersebut berjaya mengutip $64.2 juta dolar pada minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak $724.8 juta dolar.

Manakala filem terakhir X-Men, X-Men: Dark Phoenix dijangka tidak dapat bertahan lama dipawagam apabila hanya mampu meraih $ 33. juta dolar pada minggu minggu kedua menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $204.3 juta seluruh dunia dan turut menjadi filem paling teruk dalam francais X-Men.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee