Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Rolling Stone melaporkan bahawa bintang The Flash, Ezra Miller kini sedang ‘menjaga’ seorang ibu berusia 25 tahun dan tiga anaknya yang masih kecil di ladang Vermont miliknya.

Bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak itu, dan sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang lain, telah menyatakan kebimbangan mengenai keadaan itu.


Mereka mendakwa, ladang pelakon terbabit tidak selamat untuk kanak-kanak, dengan senjata dikatakan bertaburan di sekitar rumah mereka. 

Seorang individu mendakwa bahawa kanak-kanak berusia setahun telah terjumpa peluru dan memasukkan ke adalam mulutnya.

Laman itu juga menunjukkan rakaman video dengan sekurang-kurangnya lapan senjata termasuk senapang dan pistol berada di sekitar ruang tamu di rumah Miller, dengan sebahagian daripadanya disandarkan pada haiwan mainan. 

Terdapat juga dakwaan penggunaan ganja yang banyak di hadapan kanak-kanak tanpa sebarang pengudaraan yang betul.

Miller dikatakan menanam sekurang-kurangnya 28 jenis tumbuhan [dadah] yang berbeza di ladangnya walaupun dia tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian. 

Bapa kepada kanak-kanak tersebut mendakwa Miller telah membawa keluar ibu dan anak-anaknya keluar dari Hawaii tanpa pengentahuannya. “Saya akan melalui neraka dan kembali,” kata bapa itu kepada laman Rolling Stone. 

“Saya berasa tidak sedap hati. Saya benar-benar mahu pergi mendapatkan anak-anak saya, mereka amat bermakna bagi saya.” 

Dia juga berkata, polis telah mengabaikan dakwaannya, dan seorang pekerja sosial yang melawat kawasan tempat tinggal Miller memberitahunya bahawa dia tidak melihat apa-apa yang boleh menimbulkan kebimbangan. 

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit berkata, Miller telah membantunya melarikan diri dari “bekas suami yang ganas dan pendera”, dan ladang milik pelakon tersebut telah menjadi “Syurga yang menyembuhkan“. 

Dia juga menambah, “Mereka mungkin mempunyai senjata api, tapi untuk tujuan mempertahankan diri, dan ia disimpan di bahagian rumah yang tidak boleh dimasuki oleh kanak-kanak”. 

Menurutnya lagi, “anak-anaknya dapat berehat dalam penyembuhan mereka kerana Ezra memberikan keselmatan dan asuhan untuk mereka.”

Miller sebelum ini dilaporkan telah menunjukkan minat terhadap kanak-kanak, dan terdapat beberapa dakwaan kelakuan tidak wajar telah dibuat terhadapnya. Beberapa ibu bapa dikatakan telah mendapatkan pelbagai perintah sekatan dan perlindungan terhadap anak mereka dari pelakon tersebut. 

Dengan terdapat dua cerita yang berbeza, amat sukar untuk menentukan sama ada Miller benar-benar membahayakan kanak-kanak seperti yang didakwa bapa mereka.

Namun apa yang pasti, sejak kebelakangan ini, bintang itu sering terpalit dengan kontroversi, yang sudah tentu menganggu kelancaran filem terbarunya yang akan datang, iaitu The Flash.

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment