Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Melissa McCarthy Bakal Bawakan Watak Ursula Dalam Filem Live Action Terbaru The Little Mermaid


Laman web Variety mendedahkan, pelakon terkenal Melissa McCarthy kini dalam perbincangan awal bersama Walt Disney Pictures untuk memainkan peranan ‘villain’, Ursula dalam filem live action terbaru Disney berjudul The Little Mermaid. 

Filem tersebut akan diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.


Related posts

Review Filem: The Little Mermaid (2023)

Ahmad Fariszuan

Disney Kongsikan Poster ‘The Little Mermaid’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Teaser “The Little Mermaid” Preview Remake Aksi-Langsung Terbaru Dari Disney

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee