Berita

Mel Gibson Sedang Berbincang Untuk Mengarahkan Suicide Squad 2

Views
Mel Gibson = Suicide Squad 2

Mel Gibson, pengarah filem Hacksaw Ridge yang dicalonkan dalam anugerah Oscar dikatakan dalam perbincangan dengan Warner Bros. Pictures untuk mengarahkan filem sekuel Suicide Squad 2. Menurut laman web Variety, selain beliau, terdapat beberapa nama lain juga disenaraikan untuk menjadi pengarah filem antihero tersebut.

Selain Mel Gibson, antara yang dilihat sedang dalam perbincangan dengan Warner Bros. adalah Ruben Fleischer (Zombieland), Daniel Espinosa (Safe House), and Jonathan Levine.

Ruben Fleischer pernah menghasilkan filem untuk Warner Bros. iaitu Gangster Squad dan pernah berbincang untuk mengarahkan Justice League manakala, filem terbaru Daniel Espinosa pula ialah Life hasil kerjasama dengan bintang Ryan Reynold manakala Jonathan Levine pula dikhabar turut berada dalam radar Warner Bros.

Jonathan Levine pernah disenarai untuk mengarah filem Marvel Doctor Strange dan Spider-Man: Homecoming sebelum studio Marvel mengambil keputusan menyerahkan kepada pengarah lain.

Jika Mel Gibson menerima tawaran Warner Bros. iaitu sesuatu yang cukup ironi kerana dia pernah mengkritik filem arahan Zack Snyder, Batman V Superman: Dawn of Justice dan mengelak untuk mengarahkan filem superhero komik.

Filem pertama Suicide Squad arahan David Ayer boleh dikatakan gagal kerana dikritik teruk oleh pengkritik dan penonton filem walaupun ia dibintangi oleh beberap pelakon ternama sepert Will Smith, Margot Robbie disamping cameo Jared Letto dan Ben Affleck

Mel Gibson berada di puncak Hollywood buat masa ini apabila filem arahannya Hacksaw Ridge telah mendapat banyak pencalonan di anugerah Academy akan datang.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks