Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mel Gibson Bakal Arahkan Sebuah Lagi Filem Perang Berjudul Destroyer

Kehebatan Mel Gibson dalam dunia pengarahan sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Ia terbukti melalui filem perang Hacksaw Ridge yang berjaya menerima beberapa pencalonan di Anugerah Oscar 2016 yang lalu. Kini kehebatannya sebagai pengarah ditagih sekali lagi apabila beliau dilaporkan akan menjadi pengarah untuk sebuah lagi filem perang mirip Hacksaw Ridge yang berjudul Destroyer.

Menurut laman web The Hollywood Reporter (THR), filem Destroyer yang bakal diarahkan oleh bekas pelakon filem Mad Max itu merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari kejadian sebenar, berdasarkan buku Hell From the Heavens: The Epic Story of the USS Laffey and World War II’s Greatest Kamikaze Attack, karya John Wukovits. Buku tersebut menceritakan detik-detik cemas yang dihadapi oleh kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Laffey yang diserang secara Kamikaze oleh juruterbang-juruterbang tentera Jepun.

Jika Mel Gibson tidak terlibat dalam pembikinan filem The Six Billion Dollar Man dimana beliau kini dalam perbincangan untuk watak utama, berkemungkinan besar penggambaran filem Destroyer akan bermula pada musim luruh ini iaitu pada bulan September, namun jika aktor tersebut membintangi filem tersebut, penggambaran dijangka akan dimulakan pada bulan Disember akan datang.

Buat masa ini filem Destroyer tidak mempunyai tarikh tayangan.

Related posts

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Leave a Comment