Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mehcad Brooks, Sisi Stringer & Tadanobu Asano Sertai Barisan Pelakon Mortal Kombat


Mortal Kombat terus menambah para pelakonnya, kali ini filem adaptasi permainan video itu akan disertai bintang siri televisyen Supergirl, Mehcad Brooks dan Sisi Stringer serta pelakon filem Thor: Ragnarok, Tadanobu Asano. Mereka bertiga dilaporkan akan memainkan peranan sebagai Jax, Mileena dan Raiden.

Sebelum ini, bintang filem Power Rangers Ludi Lin dikatakan sedang berunding dengan studio New Line Cinema untuk memainkan peranan sebagai Liu Kang, manakala pelakon filem dari Indonesia, Joe Taslim akan memainkan peranan sebagai Sub-Zero.

Filem ‘reboot’ ini akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.


Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Sumber: The Hollywood Reporter


Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Valak Melepaskan Mimpi Ngeri Dalam Teaser Terbaru The Nun 2

Kakimuvee

Versi Digital ‘Evil Dead Rise’ Kini Tersedia Di Perkhidmatan VOD

Kakimuvee

The Conjuring 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Evil Dead Rise” Beri Pandangan Pertama Watak Utama

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee