Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mechamato Akan Bersiaran Di Cartoon Network Tahun Hadapan


Studio animasi tempatan Animonsta Studios (Monsta) terus melebarkan sayapnya. Kali ini, animasi terbaru mereka Mechamato disahkan bakal ditayangkan di saluran kartun terkenal dunia Cartoon Network (CN) pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak CN iaitu WarnerMedia Entertainment Networks yang akan menyaksikan siri itu akan mula ditayangkan pada suku keempat 2021.

Animasi “Mechamato” akan menjadi animasi yang sesuai untuk Cartoon Network. Ia mengenai seorang budak lelaki biasa yang secara tiba-tiba bertemu dengan rakan robot yang mana ia telah membawa mereka ke pengembaraan-pengembaraan yang cukup hebat.

“Kami tidak sabar untuk menghiburkan penonton muda kami dengan rancangan baru di seluruh rantau Asia Pasifik,” ujarnya Ketua APAC Kids WarnerMedia iaitu Leslie Lee yang dipetik dari Animationxpress.

Selain Carton Network, animasi Mechamato kini dibuka untuk pra-jualan untuk beberapa platform lain seperti VOD, OTT dan Free TV.

Mechamato merupakan animasi prekuel kepada BoBoiBoy yang mana ia akan mengisahkan mengenai seorang budak bernama Amato yang merupakan bapa kepada BoBoiBoy. Filem Mechamato sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, tetapi ditunda kepada tahun hadapan susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Sumber: Cinema Online



Related posts

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee