Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MCU Tidak Akan Hasilkan R-Rated Filem – Kevin Feige

Adakah anda berharap filem-filem Marvel Studio diklasifikasikan sebagai R-Rated berbanding klasifikasi yang biasa dilakukan oleh mereka iaitu PG-13? Anda boleh simpan harapan anda itu kerana President Marvel Studio, Kevin Feige menegaskan mereka sekali-kali tidak akan meniru jejak langkah FOX Studio untuk menghasilkan mana-mana filem mereka berklasifikasikan R-Rated.

Feige berkata demikian kepada wartawan Hollywood Reporter;

“My takeaway from both of those films [‘Deadpool’ and ‘Logan’] is not the R rating, it’s the risk they took, the chances they took, the creative boundaries that they pushed. That should be the takeaway for everyone.”  – Kevin Feige

Walaupun Deadpool dan Logan diklasifikasikan sebagai R-Rated filem, ia tetap sukses dari segi penerimaan penonton mahupun kutipan tiket, tetapi President studio tersebut, mereka enggan meniru formula yang dilakukan oleh filem Deadpool dan Logan dengan menghasilkan R-Rated filem. Marvel dikatakan tidak mahu mengambil risiko dengan menghasilkan filem yang penuh dengan darah dan kematian, lagipun menurut mereka, target audience mereka adalah golongan yang lebih muda dan remaja.

Marvel buat masa ini boleh dianggap studio yang begitu sukses menghasilkan filem-filem Superhero, malah telah berjaya meninggal jauh pesaing mereka iaitu DCEU, tetapi pihak Warner Bros. kini sedang berkira-kira mahu meniru jejak langkah FOX Studio untuk menghasilkan filem berklasifikasi R-Rated. Warner Bros. pernah menghasilkan filem R-Rated Superhero, Watchmen arahan Zack Snyder, tetapi filem tersebut tidak mampu memberi pulangan besar kepada studio terbabit dan mendapat kritikan yang sederhana. Kesan daripada filem tersebut, dikhuatiri, orang kuat DCEU, Geoff Johns akan turut mengikut jejak langkah Fiege untuk tidak menghasilkan R-Rated filem dalam DCEU.

Oleh itu, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh President Marvel Studio itu sendiri, diharap peminat-peminat Marvel tidak terlalu berharap yang akan terdapat filem MCU diklasifikasikan sebagai R-Rated. Mereka akan terus kekal dengan rating PG-13 dan.. R-Rated atau tidak, filem Marvel masih “best” untuk ditonton bukan?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment