Selain daripada khabar angin karakter Marvel Cinematic Universe (MCU) yang akan ditamatkan selepas Fasa ketiga MCU, terdapat juga berita yang mengatakan Marvel akan menghasilkan semula filem-filem Marvel selepas filem terakhir Fasa 3, Untitled Avengers 4. Filem Infinity War sebelum ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian 1 dan bahagian 2 sebelum pengarah Joe dan Anthony Russo membuat keputusan untuk mengubahnya menjadi filem berasingan tetapi masih mempunyai kaitan.
Dan apa yang kita tahu, selepas filem “kedua” Infinity War, landskap filem-filem MCU akan berubah sama sekali, tambahan pula info mengenai fasa ke-4 MCU tidak banyak dikeluarkan oleh pihak Marvel. Ini menimbulkan spekulasi bahawa Marvel akan reboot semula filem-filem mereka selepas Avengers 4.
Bagaimana pun spekulasi tersebut disangkal oleh salah seorang pengarah Marvel, James Gunn yang menyatakan Marvel tidak akan reboot semula filem mereka selepas Avengers 4.
Not true. The Guardians, at least, will continue on. https://t.co/pbFpUKXM8i
— James Gunn (@JamesGunn) July 18, 2017
James Gunn menyangkal khabar angin tersebut selepas terdapat seorang peminat bertanyakan status MCU selepas Avengers 4.
Infinity War bakal menyaksikan beberapa karakter utama MCU akan ditamatkan selepas muncul dalam filem – filem MCU sejak sedekad yang lalu, karakter Guardians of the Galaxy mungkin kekal selepas Infinity War berdasarkan perancangan filem ketiga mereka tetapi bagi karakter-karakter Superhero Bumi, siapakah yang akan ditamatkan karakternya masih menjadi tandanya.
Buat masa ini Presiden Marvel Studio, Kevin Fiege berkata mereka mahu menumpukan 6 filem akan datang mereka (Thor: Ragnarok, Black Panther, Infinity War, Ant-Man & the Wasp, Captain Marvel dan Avengers 4) terlebih dahulu sebelum pergi ke fasa keempat nanti.
Infinity War kini hampir selesai kerja-kerja produksi sebelum mereka meneruskan dengan pembikinan filem Avengers 4 tidak lama lagi.