Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

CEO Disney Bob Iger mendedahkan bahawa pasukan Avengers akan tampil berbeza dalam Fasa 6 MCU yang akan datang. 

Iger mendedahkan pekara tersebut semasa bercakap di Persidangan Media dan Telekom Teknologi Morgan Stanley 2023 pada hari Khamis yang lalu dan berkongsi strategi syarikat untuk kandungan Marvel pada masa hadapan.

“Marvel — terdapat 7,000 watak, terdapat banyak lagi cerita untuk diceritakan. Apa yang kita perlu lihat pada Marvel tidak semestinya jumlah penceritaan Marvel, tetapi berapa kali kita kembali ke watak tertentu,” kata Iger.

“Sekuel biasanya berfungsi dengan baik untuk kami. Adakah anda memerlukan yang ketiga atau keempat, atau adakah masa untuk beralih kepada watak lain?

“Tiada apa-apa pun yang berbeza dari segi jenama Marvel. Saya fikir kita hanya perlu melihat watak atau cerita yang kita boleh terokai. Dan jika anda melihat trajektori Marvel dalam tempoh lima tahun akan datang, anda akan melihat banyak perkara baharu. Kami akan kembali kepada francais Avengers, tetapi dengan satu set keseluruhan Avengers yang berbeza,”

Filem terbaru Marvel Cinematic Universe, Ant-Man and the Wasp: Quantumania, berfungsi sebagai pembuka Fasa 5 MCU. 

Antara projek Fasa 5 yang bakal menemui penonton termasuklah Guardians of the Galaxy Vol. 3, musim 2 Loki, The Marvel dan filemyang menampilkan barisan penjahat popular Marvel, Thunderbolts.

Buat masa ini tidak banyak info mengenai Fasa 6 MCU, tetapi beberapa filem telah disahkan Marvel Studios seperti Fantastic Four, Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars.

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment