Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

MBC Dedah Poster Terbaru & Tarikh Tayangan “The Veil” Lakonan Namgoong Min

MBC telah dedahkan tarikh tayangan perdana drama terbaru mereka The Veil.

Satu poster terbaru turut didedahkan, menampilkan watak Han Ji Hyuk yang cedera dan memandang tajam ke arah kamera dengan latar belakang failnya, yang bertulis “telah luput”. Pandangannya yang tajam mengisyaratkan tekadnya untuk mencari dan menjatuhkan pengkhianat yang bersembunyi di antara rakan-rakannya, tidak kira betapa bahayanya pencariannya itu. 

Sementara itu, kapsyen poster itu berbunyi, “Ejen yang terhapus, kebenaran yang tersembunyi.”

The Veil adalah drama aksi blockbuster terbaru yang dibintangi oleh Namgoong Min sebagai Han Ji Hyuk, ejen elit yang juga merupakan legenda di NIS (National Intelligence Service). Kerana rekod dan kemahirannya yang sempurna dalam menyelesaikan misi, Han Ji Hyuk adalah ejen tertinggi yang disanjung tinggi oleh rakan-rakannya.

Namun, ketika dia hampir menjatuhkan sindiket jenayah terancang, Han Ji Hyuk secara tiba-tiba menghilangkan diri. Setelah hilang dan kehilangan ingatan selama setahun, dia kembali berani ke organisasi untuk mencari pengkhianat yang bertanggungjawab atas kejatuhannya

The Veil akan ditayangkan pada 17 September jam 10.00 malam waktu Korea Selatan. 

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment