Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Maze Runner The Scorch Trials Review

maze-runner-scorch-trials-movie-poster-2015-stills-brenda-cranks

Maze Runner The Scorch TrialsĀ adalah filem aksi sains fiksyen arahan pengarah Wes Ball dan berdasarkan dari novel popular berjudul The Scorch Trials hasil nukilan James Dasher. NovelĀ The Scorch TrialĀ adalah novel kedua dalam trilogi novelĀ The Maze Runner.Ā Filem ini adalah sekuel kepada filem pertamaĀ  The Maze RunnerĀ yang diterbitkan pada tahun 2014 arahan dari pengarah yang sama

Maze Runner The Scorch TrialsĀ ini dibintangi oleh pelakon asal iaituĀ Dylan O’Brien, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Kaya Scodelario, danĀ Patricia Clarkson dan turut dibantu dengan beberapa pelakon baru sepertiĀ Rosa Salazar, Jacob Lofland, Aidan Gillen, Giancarlo Esposito, Barry Pepper, and Lili Taylor.

scorchtrials

Bagi yang tidak pernah menonton filem pertama, anda digalakkan untuk menontonnya terlebih dahulu sebelum menonton sekuel filem ini kerana anda mungkin tidak akan faham perjalanan dan plot cerita ini melainkan anda pernah menonton filem pertama.

Plot filem ini sebenarnya agak celaru dan mengelirukan, malah bagi yang pernah menonton filem pertama seperti kami, kami rasakan sedikit keliru dengan perjalanan cerita ini.Ā Jika hendak dibandingkan dengan filem pertama, kami rasa filem terdahulu lebih baik dari ini.

Mujur aksi thriller yang ditampilkan dapat menutup kelemahan filem ini

maze runner

Plot

Filem sekuelĀ Maze RunnerĀ ini mengisahkan Thomas (Dylan O’Brien) dan rakan-rakan Gladers menghadapi cabaran bagiĀ mencari petunjuk mengenai organisasi misteri dan sangat terkenal dengan nama WCKD.

Perjalanan dan penggembaraan mereka membawa kumpulan ke Scorch iaitu sebuah tempat dimana landskapnya sepi namun penuh dengan cabaran-cabaran yang tidak dapat dibayangkan.

Mereka bekerjasama dengan pejuang-pejuang hak asasi yang lain, pasukan Gladers berusaha untuk merampas kuasa yang jauh lebih hebat daripada mereka iaitu WCKD dan pada masa yang sama cuba untuk mendedahkan rancangan yang akan mengejutkan untuk mereka semua.

Gaya lakonan boleh dikatakan memuaskan walaupun para pelakonya berusia muda, dari segi audio dan visual juga memuaskan dan tidak menyakitkan mata dan telinga. Jadi kepada mereka yang ingin menonton filem ini, pastikan anda menonton filem pertama terdahulu bagi mengelakkan kekeliruan.

Rating: PG13
Genre: Aksi / Pengembaraan
Pengarah:Ā Wes Ball
Penulis: James Dashner, T.S. Nowlin
Pelakon: Dylan O’Brien, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Kaya Scodelario, danĀ Patricia Clarkson
Edaran: 20th Century Fox

OFFICIAL TRAILER

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment