Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Maze Runner: The Death Cure Kuasai Carta Domestik Box Office US

Selepas tiga minggu berada ditangga teratas carta box office domestik US, filem Jumanji: Welcome to the Jungle terpaksa memberi laluan kepada filem baru, Maze Runner: The Death Cure menguasai kedudukan nombor satu carta Box Office.

Filem Maze Runner: The Death Cure arahan Wes Ball itu telah mengutip $23.5 juta dolar kutipan tiket pada minggu pembukaan filem tersebut. Bagaimanapun, kutipan filem ketiga ini adalah kutipan terendah buat franchise Maze Runner berbanding filem pertama yang mengutip $32.5 juta dan The Scorch Trial yang mengutip $30.3 juta pada minggu pembukaan. Kutipan antarabangsa filem ini mencecah $82 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan filem The Death Cure sebanyak $105.5 juta. Kos pembikinan filem ketiga ini adalah sebanyak $62 juta.

Jumanji: Welcome to the Jungle terus menambah kantung studio Sony apabila berjaya mengutip $16.4 juta lagi pada minggu keenam tayanganya. Jumlah tersebut meletakkan filem arahan Jake Kasdan berada ditangga kedua carta box office. Setakat ini, Jumanji: Welcome to the Jungle telah $822 juta seluruh dunia.

Berikut adalah carta kedudukan Box Office domestik US

1. Maze Runner: The Death Cure $32.5 juta ($105.5 Juta)
2. Jumanji: Welcome to the Jungle #16.4 juta ($822 juta)
3. Hostile $10.2 juta ($12.1 juta)
4. The Greatest Showman $$9.5 juta (259.5 juta)
5. The Post $8.9 juta ($58.5 juta)
6. 12 Strong $8.6 ($29.8 juta)
7. Den of Thieves $8.4 juta ($28.4 juta)
8. The Shape of Water $5.7 juta ($37.7 juta)
9. Paddiggton 2 $5.6 juta ($185.8 juta)
10. Star Wars: The Last Jedi $4.2 juta ($1.311 Billion)

*( ) jumlah keseluruhan kutipan tiket

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee