Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mayat Bintang Glee, Naya Rivera Telah Ditemui

Mayat bintang Glee, Naya Rivera yang hilang di Tasik Piru, Los Angeles ditemui pada Isnin. Perkara itu disahkan Sheriff Ventura, Bill Ayub pada satu sidang media.

“Kami yakin mayat yang kami temui itu adalah Naya Rivera,” jelasnya.

Mayatnya ditemui di permukaan tasik dengan kira-kira 11 hingga 18 meter kedalaman. Rivera juga dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian. Mayat pelakon itu sudah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda dikesan yang menunjukkan dia mati kerana membunuh diri.

Rivera, 33 tahun, sebelum ini dikhuatiri lemas selepas hilang di tasik berkenaan pada Rabu lepas. Dia dilaporkan menyewa sebuah bot dan turut bersama dengannya ketika kejadian, anak lelaki pelakon itu berusia empat tahun.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu ditemui sedang tidur dan selamat dalam bot berkenaan. Ketika ini, polis belum dapat memberikan penjelasan kejadian sebenar menimpa Rivera.

Kanak-kanak itu dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa ibunya telah menolaknya masuk  ke bot, namun, Rivera gagal untuk berbuat demikian.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment