Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Maya Karin Menerima Pengiktirafan Di Festival Filem & TV Ramsgate

Pelakon wanita tanah air, Maya Karin telah diberi pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate menerusi filem lakonannya, Olympic Dream.

Festival filem tersebut telah berlangsung pada 11 hingga 14 Jun lalu

Bercakap kepada Harian Metro, Maya mendedahkan bahawa dia tidak menyangka dengan pengiktirafan itu, namun sangat bersyukur lakonannya dalam filem itu memberi impak.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada juri festival itu atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton.

Festival Filem & TV Ramsgate adalah acara berprestij yang berpusat di Ramsgate, England.

Festival ini memberi platform kepada penggiat filem bebas dari seluruh dunia untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar serta memupuk bakat baru.

Sejak penganjuran pertamanya pada 2017, ia menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan Amerika Utara.

Filem Olympic Dream merupakan sebuah filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn. Bhd.

Diarahkan Don Hoe, filem ini berkisar tentang Fatimah yang mendorong anak jagaannya, Anna Wong mengejar impian menjadi seorang pemain badminton negara dan bertanding di Olimpik.

Filem itu juga pernah merangkul anugerah Filem Rencana Terbaik di Festival Filem Simply Indie dan di Anugerah Sinematografi Kanada serta Filem Keluarga Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kinoduel.

Related posts

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Zulaikha

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Kakimuvee

Lebih Banyak Pilihan Kanak-Kanak di Musim Cuti Sekolah ini

Kakimuvee

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN SUSULAN KEKANGAN PKP 3.0

Isqandar

ASTRO RIA TAMPIL KELAINAN LEBIH BERANI MENERUSI DRAMA ‘SCAMMER’

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating