Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mawi Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul “Hantu Kuat Ketawa”

Pelakon dan pengarah Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, bakal menghasilkan filem terbaru berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Hantu Kuat Ketawa merupakan sebuah filem komedi seram mengisahkan sekumpulan ‘scammer’ yang menjadi buruan polis dan melarikan diri ke hutan. Namun di sana mereka diganggu entiti menyeramkan yang kuat ketawa.

Terdahulu, Mawi sering berkongsi perkembangan tentang filemnya itu di media sosial, termasuk meminta pendapat warganet mengenai judulnya. Malah, dia turut mencari bakat-bakat baru untuk membintangi filem tersebut di bawah syarikat produksinya Mawi World Entertainment.

Mengenai pemilihan pelakon, Mawi telah pun memilih dua peneraju utama iaitu gandingan pelawak dan pelakon, Saiful Apek serta Syanie Hisham.

“Sejujurnya, saya rindu mahu melihat gandingan dua pelawak senior, Saiful Apek dan Syanie. Dari dahulu, saya sering memerhatikan keserasian mereka.

“Saya percaya penonton sangat terhibur dengan gelagat mereka. Daripada zaman filem “Senario”, “Cinta Luar Biasa”, “Laila Isabella” dan “Biar Betul”, gelagat Saiful Apek dan Syanie cukup mencuit hati.

“Jadi, saya terlintas dalam hati mahu menyatukan mereka pada era masa kini. Lagipun, mereka masih aktif dan memiliki kelompok peminat tersendiri,” 

Buat masa ini, tarikh penggambaran dan tarikh tayangan masih belum didedahkan pihak produksi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha

COVID OH COVID EKSKLUSIF HANYA DI iQIYI

Zulaikha

Trailer “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” Pamer Kehebatan Aset TUDM

Kakimuvee