Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Mawi Bakal Hasilkan Filem Kedua

Selepas menghasilkan filem Tiada Tajuk, penyanyi dan pengarah, Mawi dilaporkan tidak sabar untuk kembali ke kerusi pengarahan untuk projek kedua beliau.

Menurut laporan dari BH Online, projek terbaru Mawi dilaporkan akan bermula pada tahun hadapan.

Ketika bercakap dengan wartawan, Mawi merasa terharu melihat sambutan orang ramai terhadap filem sulungnya dan bersemangat untuk hasilkan karyanya yang kedua.

“Sebagai orang baharu dalam dunia pengarahan filem dan tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal untuk menduduki kerusi sutradara, saya terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap “Tiada Tajuk”.

“Sampai hari ini, masih ramai yang memberikan maklum balas positif sekaligus membuatkan saya lebih bersemangat untuk merealisasikan filem seterusnya,”

Tiada Tajuk merupakan filem yang bertemakan islamik yang diselitkan dengan elemen-elemen komedi. Walaupun tidak dibintangi nama-nama besar dan yang merupakan filem pertama Mawi, ia masih mampu meraih RM503,600 sepanjang tempoh tayangannya.

Dibintangi Hazama, Along Cham dan Joey Daud, Tiada Tajuk mengisahkan tentang tiga pemuda kampung yang ke bandar Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi rock.

Related posts

Warner Bros. Rancang Filem “Harry Potter and the Cursed Child”?

Kakimuvee

Filem Terbaru “Star Trek” Akan Ditulis Kalinda Vazquez

Kakimuvee

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Dua Pawagam Utama Mula Kongsi Lokasi Tayangan & Senarai Filem Yang Bakal Ditayangkan

Kakimuvee