Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mawi Arah Drama Terbaru Berjudul “Ali”


Selepas menghasilkan filem Tiada Tajuk, pelakon, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan bahawa di bakal kembali duduk ke bangku pengarah untuk hasilkan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Ali. 

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata naskhah terbarunya itu akan mengekalkan tema yang sama seperti filem Tiada Tajuk iaitu keagamaan.

“Saya masih mengetengahkan tema keagamaan. Drama 13 episod ini berkisar kisah gengster dan kumpulan tabligh. Penggambaran drama ini akan bermula pada awal bulan September (Sabtu ini),” ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Selain mengarah, Mawi juga akan turut membintangi drama ini bersama pelakon hebat lain seperti Johan As’ari, Amerul Affendi dan Along Cham.

Drama Ali akan ditayangkan terus di platfrom penstriman video Nurflix.

Sumber: Cinema Online

 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee