Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matthew Vaughn Berminat Untuk Hasilkan Semula Fantastic Four

Pengarah filem Kingsman: The Golden Circle, Matthew Vaughn mendedahkan beliau berminat untuk menghasilkan semula filem Fantastic Four. Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan laman web Cinemablend.

“The other one I’ve felt an obligation to do is, I wouldn’t mind maybe making a Fantastic Four film to apologize to everyone out there that maybe it didn’t go very well for them. It’s brilliant. One of my favorites is the Fantastic Four, so maybe one day I’ll try and rectify the mistake.”

Beliau berkata, filem Fantastic Four yang diterbitkan pada tahun 2015 adalah satu kesilapan, dan dia bersedia untuk mencuba dan memperbetulkan kesilapan tersebut. Malah beliau juga memohon maaf kepada peminat Fantastic Four diatas kesilapan tersebut.

Filem superhero yang diterbitkan pada tahun 2015 diarahkan oleh Josh Trank dan Matthew Vaughn juga turut terlibat sebagai penerbit bersama-sama Gregory Goodman dan Simon Kinberg. Tetapi filem tersebut mendapat kritikan teruk daripada pengkritik filem dan peminat-peminat khususnya dan dianggap filem superhero paling teruk setakat ini.

Malah kutipannya juga tidak memberangsangkan apabila hanya mampu mengaut $168 juta berbanding modal yang dikeluarkan sebanyak $155 juta.

Matthew Vaughn tidak asing lagi dalam pembikinan filem-filem superhero kerana beliau merupakan pengarah filem X-Men: First Class serta Kick-Ass dan baru-baru ini namanya disebut-sebut bakal menjadi pengarah untuk filem Man of Steel 2 akan datang.

Jadi kepada peminat Fantastic Four, mahukan anda filem superhero berkenaan diberi peluang sekali lagi dan diarahkan oleh pengarah hebat seperti Matthew Vaughn?

Related posts

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Leave a Comment