Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matthew McConaughey Bakal Membawa Watak Two Face Dalam Filem The Batman

Aktor Matthew McConaughey dilaporkan akan menyertai barisan pelakon filem The Batman dengan memainkan watak sebagai Harvey Dent a.k.a Two Face.

Setakat ini masih belum ada pengesahan dari pihak studio mahupun pengarah, Matt Reeves. Tetapi jika laporan media tepat, McConaughey akan mengikuti jejak langkah Aaron Eckhart yang memainkan peranan tersebut dalam filem The Dark Knight arahan Christopher Nolan dan Tommy Lee Jones dalam filem Batman Forever.


The Batman dibintangi pelakon Robert Pattinson yang akan memainkan peranan utama sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

Dalam versi komik, Harvey Dent merupakan Ketua Pendakwaraya Bandar Gotham. Dia mengalami kecacatan disebelah kiri mukanya akibat dibaling asid oleh ketua gangster Sal Maroni semasa berada dalam mahkamah. Akibat daripada itu, dia menjadi gila dan menggunakan persona “Two-Face”. Two-Face merupakan antara musuh utama Batman, dan sering membalikkan syilingnya untuk membuat keputusan.

The Batman akan menemui penonton pada 25 Jun 2021

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment