Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mattel Akan Terbitkan Filem ‘Live Action’ Barney

Mattel Films dilaporkan sedang dalam proses pembangunan filem live action terbaru yang akan berkisarkan tentang karakter ikonik dinosor berwarna ungu, Barney dari rancangan klasik kanak-kanak Barney & Friends. 

Filem ini akan dihasilkan dengan kerjasama Mattel Films, Valparaiso Pictures dan pelakon Daniel Kaluuya menerusi syarikat penerbitannya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kaluuya:

“Barney was a ubiquitous figure in many of our childhoods, then he disappeared into the shadows, left misunderstood,”. “We’re excited to explore this compelling modern-day hero and see if his message of ‘I love you, you love me’ can stand the test of time.”

Karakter Barney dicipta oleh Sheryl Leach, yang diilhamkan dari idea untuk membuat sesuatu tentang nyanyian dan tarian yang boleh menggembirakan anaknya. Barney membuat penampilan pertama menerusi rangkaian PBS pada 6 April 1992 dan menjadi ikon yang sangat popular sejak di diperkenalkan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai butiran plot, pengarah dan pelakon.

Sumber: Deadline

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment