Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Reeves Umumkan Secara Rasmi, Penggambaran Filem THE BATMAN

Selepas hampir sebulan pencarian pelakon dan khabar angin, akhirnya filem The Batman bersedia untuk menjalani penggambaran. Menerusi laman Twitter, pengarah Matt Reeves telah umumkan secara rasmi penggambaran filem reboot itu. Anda boleh saksikan gambar ‘clapperboard’ yang dikongsikan Reeves dibawah.

Secara teknikalnya, produksi The Batman telahpun bermula sejak beberapa minggu yang lalu. Beberapa jurugambar amatur telah berada dilokasi penggambaran untuk merakam sesi di set lakonan. Peminat juga melihat beberapa pelakon tambahan yang membawa watak pegawai polis Gotham City bersama-sama beberapa kenderaan GCPD. Di samping itu, gambar Gotham Action News van dan trak Gotham Water & Power turut disebarkan di internet.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin.  Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, bagaimanapun watak mereka masih lagi tidak didedahkan.

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Warner Bros. dan DC telah menetapkan tarikh tayangan filem superhero terbaru ini pada 25 Jun 2021.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment