Berita

Matt Reeves Tidak Guna Skrip Ben Affleck Untuk Filem The Batman

Views

Pengarah filem War of the Planet of the Apes, Matt Reeves yang bertindak menggantikan Ben Affleck sebagai pengarah filem The Batman berkata, beliau tidak akan menggunakan skrip yang ditulis oleh Ben Affleck dan Geoff Johns, tetapi sebaliknya menggunakan skrip yang baru.

“It’s a new story,”“We’re starting again.” - Matt Reeves

Beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan skrip Ben Affleck bagi memastikan filem arahannya nanti menepati kehendaknya. Syarat tersebut dibuat semasa dia berbincang dengan pihak Warner Bros bagi mengambilalih kerusi pengarah yang ditinggalkan oleh Ben Affleck.

“I can fail for every single reason because of myself,”“I don’t want to fail because of something that I don’t believe in in the first place – because I’m not going to know how to do it. I can respect that somebody else might know exactly how to do it. Like there are plenty of things that I’m not the right director for and I love to go see those movies. I love to see what people can do. But I can only do what I can do, and so I have to work from that perspective for self-preservation. It’s not out of any kind of like, ‘My way or the highway!’ It’s because that’s the way I have to do it for me to feel confident in my choices." - Matt Reeves

Reeves juga mengesahkan akan merombak barisan pelakon untuk filem The Batman, malah skrip terbaru ini dikatakan tidak akan menampilkan watak DeathStroke yang sepatutnya akan dibawa oleh aktor Joe Manganiello.

Selain itu, terdapat ura-ura mengatakan Ben Affleck akan meninggalkan watak Batman selepas tayangan filem Justice League.

The Batman masih belum menjalani pengambaran dan tarikh tayangannya juga masih lagi tidak diketahui

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks