Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Matt Reeves & Terence Winter Bangunkan Siri Spin Off THE BATMAN Untuk HBO Max

Filem The Batman arahan Matt Reeves bakal menemui penonton tahun hadapan. Walaupun masih dalam penggambaran, sudah terdapat perancangan untuk membangunkan rancangan televisyen spin off The Batman yang akan ditetapkan dalam dunia yang sama.

Menurut laporan THRReeves dan penulis Boardwalk Empire, Terence Winter bakal bekerjasama dalam perancangan siri televisyen jenayah untuk perkhidmatan streaming HBO Max. Siri tersebut akan berkisarkan tentang jenayah yang berlaku dalam bandar jagaan Batman, Gotham City.

Rancangan terbaru itu masih belum mempunyai tajuk rasmi, tetapi menurut sumber ia mungkin bertajuk ‘Gotham Central’, nama siri komik prosedur polis terbitan DC Comics pada tahun 2002 karya Ed Brubaker dan Greg Rucka.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada Robert Pattinson akan muncul sebagai The Dark Knight, tetapi Jeffrey Wright dijangka akan meneruskan peranannya sebagai Commissioner James Gordon.

Berikut adalah kenyataan dari HBO Max:

“set in the world Reeves is creating for The Batman feature film and will build upon the motion picture’s examination of the anatomy of corruption in Gotham City, ultimately launching a new Batman universe across multiple platforms. The series provides an unprecedented opportunity to extend the world established in the movie and further explore the myriad of compelling and complex characters of Gotham.”

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Leave a Comment