Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Sempena meraikan #BatmanDay, pengarah The Batman, Matt Reeves, telah kongsikan gambar terbaru The Dark Knight menerusi hantaran di media sosial Twitter.

Gambar tersebut diambil dari bilik suntingan di mana ia turut menampilkan Batman lakonan Robert Pattinson di layar skrin. Selain itu juga, Reeves turut mengingatkan peminat tentang trailer baru The Batman yang akan dilancarkan bulan hadapan semasa acara DC FanDome. 


Dalam satu hantaran lain di Twitter, komposer lagu Michael Giancchino turut menggoda peminat dengan berkongsi video pendek yang memaparkan pemuzik orkestra sedang memainkan skor untuk filem akan datang. 

Kepada peminat-peminat DC, jangan lupa saksikan acara maya DC FanDome yang akan berlangsung pada hari Ahad, 17 Oktober. Klik pautan ini untuk melihat program-program yang disusun untuk acara akan datang. 

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Leave a Comment