Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Seperti yang peminat tahu, bintang Justice League Ben Affleck pada asalnya akan menulis, mengarah dan membintangi filem yang kita kini kenali sebagai The Batman. Namun, Affleck memutuskan untuk berundur dari projek itu, dan kini telah disahkan bahawa Warner Bros. sebenarnya pernah bertanya kepada pengarah Matt Reeves sama ada dia mahu menggunakan skrip yang ditulis oleh Affleck.

Reeves adalah salah seorang pengarah yang menjadi pilihan pihak studio untuk mengambil-alih tempat yang ditinggalkan Ben Affleck, dan Warner Bros. mengambil masa berminggu-minggu untuk mengaturkan pertemuaan dengannya ketika dia sidang sibuk mengerjakan pasca-produksi filem War for the Planet of the Apes.


Semasa temubual dengan Esquire Middle East, Reeves membicarakan tentang saat dimana pihak studio menawarkan projek DC itu kepadanya, dan mengesahkan bahawa mereka telah memberikan skrip yang ditulis Affleck bersama Geoff Johns termasuklah penampilan watak utama DCEU yang lain.

“Ia sarat dengan aksi. Sangat berkaitan dengan DCEU, dengan watak utama dari filem yang lain dan komik yang lain. Saya hanya tahu apabila saya membaca skripnya, ini bukan cara yang saya mahu lakukan,” jelas Reeves. 

Seperti yang peminat tahu, filem yang sepatutnya diarahkan Affleck akan menampilkan pertembungan di antara The Dark Knight dan Deathstroke, dan kelihatan juga seperti ia akan menampilkan beberapa ahli Justice League yang lain.

Namun, Reeves merasakan skrip itu tidak sesuai dengannya, dan bertemu dengan Warner Bros. untuk memberitahu mereka bahawa dia bukan orang sesuai untuk tugasan itu.

“Saya memberitahu mereka bahawa terdapat begiut banyak filem yang hebat, tetapi jika saya melakukan ini, saya perlu menjadikannya lebih peribadi, supaya saya dapat memahami apa yang saya akan lakukan, tahu dimana untuk meletakkan kamera, tahu bagaimana untuk mengarahkan pelakon, dan tahu cerita apa yang sepatutnya saya hasilkan.”

“Ambil ini, saya memberitahu mereka, sambil menujuk pada skrip. Ianya menarik, hampir James Bond-ian, tetapi itu bukan sesuatu yang saya berminat.” kata Reeves yang merujuk skrip yang ditulis Ben Affleck hampir menyamai filem James Bond. 

Disebabkan minat yang mendalam pada karakter Batman, Reeves menyampaikan ideanya kepada Warner Bros, dan mengejutkan, pihak studio menerima idea tersebut. 

“Apa yang mengejutkan saya, mereka berkata “anda tahu, kami benar-benar mahu anda melakukan ini. Dan kami akan menunggu.'” ujar Reeves selepas dia mengemukakan ideanya kepada Warner Bros. 

The Batman akan menemui penonton pada 4 Mac 2021.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment