Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Le Blanc Sertai Top Gear

matt-leblanc-will-join-top-gear-as-a-new-presenter-822505
Bintang Hollywood Matt Le Blanc yang popular dengan membawa watak Joey Tribbiani dalam sitkom Friends suatu ketika dahulu akan menjadi tarikan baharu program pemotoran terbitan BBC, Top Gear.

Aktor Amerika itu merupakan warga bukan British pertama yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan program tersebut apabila musim terbaharunya bermula Mei nanti., ujar jurucakap BBC.

“Sebagai seorang ‘penggila’ kereta dan peminat besar program Top Gear, saya rasa terharu dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada episod baharu rancangan ikonik ini,” ujar Le Blanc memetik satu kenyataan.

Top Gear adalah salah satu daripada program BBC yang paling berjaya namun terpaksa dihentikan siarannya tahun lalu selepas hos Jeremy Clarkson melakukan serangan fizikal kepada salah seorang staf produksi.

Clarkson kini bersama dua lagi pengacara bersama sedang sibuk menyusun rangka kerja bagi sebuah program pemotoran untuk Amazon.
Penyampai radio dan televisyen British Chris Evans, yang bertindak sebagai pengendali utama pelancaran semula Top Gear, juga berasa seronok dengan kemunculan Le Blanc.

Related posts

Spencer: Pandangan Pertama Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana

Kakimuvee

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating