Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Ketika Thor: Love and Thunder sedang membuat persiapan untuk memulakan produksi, media tempatan Australia membawa berita yang cukup menarik kepada peminat. Pemenang Anugerah Academy, Matt Damon dilaporkan akan menyertai barisan pelakon filem keempat Thor yang sangat dinantikan peminat. 

Berita itu muncul selepas dia dilihat baru tiba di Australia bersama keluarganya. Pelakon berusia 50 tahun itu pernah membuat penampilan istimewa dalam filem Thor: Ragnarok pada 2017 dengan memainkan peranan Loki versi teater. 

Buat masa ini tidak dipastikan apa peranan Damon, dan penglibatannya dalam filem keempat Thor itu masih belum disahkan Marvel Studios. 

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi yang mana dia turut menjadi penulis skrip bersama dengan Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).  Filem ini merupakan sambungan kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. 

Advertising

Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilogi The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama.

Plot Thor wanita ini akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih peranan dan memiliki kekuatan Thor. 

Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 5 Mei 2022. 

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

1 comment

Sohib21.com January 19, 2021 at 9:56 pm

tak sabar nak Tengok kat wayang

Reply

Leave a Comment