Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Matt Damon Dan Joaquin Phoenix Hampir Berlakon Dalam Filem Brokeback Mountain

Penulis filem Brokeback Mountain, Diana Ossanbaru-baru ini mendedahkan, sebelum filem tulisnya itu berjaya, beliau menghadapi kesukaran untuk mencari pengarah dan pelakon filem tulisannya itu. Menurutnya, kebanyakkan mereka dalam industri hiburan mendapati sukar untuk menghasilkan filem tulisannya itu kerana ianya bukanlah bukan filem percintaan tradisional. Diana mendedahkan, beliau mencari pelakon dan pengarah yang sesuai untuk filem tulisannya itu selama 8 tahun.

Diana juga menyebut, sebelum Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal dipilih menjadi pelakon utama filemnya itu, dua aktor ini telah dipilih untuk menjadi pelakon utama dibawah pengarahan Gus Van Sant. Aktor yang dimaksudkan adalah Matt Damon dan Joaquin Phoenix. Bagaimanapun ia tidak dapat direalisasikan sebelum Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal dipilih sebagai pelakon dan Ang Lee sebagai pengarah.

Walaupun filem romantik itu bukanlah filem romantik yang biasa kita tonton dipawagam, Brokeback Mountain menjadi sangat sukses dari segi kritik dan juga kutipan tiket, malah turut menaikkan kareer lakonan Heath Ledger dan Jake Gyllenhaal.

“One of the biggest challenges for filmmakers was getting executives to understand that this was not a universal love story. This is a movie about two men who fall in love. It’s very specific. It’s about Ennis and Jack and it’s about their flaws and their mistakes and their struggles and their humanity.”

Antara pengarah yang dicuba oleh Diana untuk mengarahkan filem tulisannya itu adalah Joel Schumacher, Edward Norton serta lebih sedozen pengarah yang lain. Beliau memberitahu, pengarah-pengarah tersebut suka dengan skrip yang dihasilkan oleh Diana, tetapi tiada sapa sanggup untuk mengarahkan filem tersebut.

“We sent it to Edward Norton (to direct) and Joel Schumacher and dozens of people and they all came back saying they loved it, but no one would commit. They didn’t give us any real excuse why they wouldn’t. I guess they saw it as too difficult.”

Selain itu juga, nama Heath Ledger pada awalnya pernah ditolak oleh pihak studio untuk membawakan watak Ennis kerana kurang ‘macho’, namun namanya diterima oleh selepas beberapa nama pelakon lain digugurkan.

Brokeback Mountain merupakan sebuah filem romantik koboi yang melibatkan pasangan lelaki atau bahasa mudahnya pasangan gay. Filem tersebut telah berjaya mengutip $178 juta dolar dari modal pembikinan sebanyak $14 juta dan telah menerima 71 anugerah serta 52 pencalonan anugerah.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee