Matt Damon & Ben Affleck Bintangi Filem The Last Duel Arahan Ridley Scott

190
views

Pelakon Matt Damon dan Ben Affleck dilaporkan akan membintangi filem The Last Duei yang kana diarahkan oleh Ridley Scott. Menurut laporan dari Deadlinekedua-dua mereka akan bersama-sama Nicole Holofcener menulis skrip filem tersebut. Ini kerjasama pertama kedua-dua pelakon tersebut selepas filem Good Will Hunting.

The Last Duel diadaptasikan dari buku berjudul The Last Duel: A True Story of Trial by Combat in Medieval France karya Eric Jager. Novel tersebut berlatarbelakangkan tahun 1386 dan menceritakan tentang Norman yang kembali dari perang mendapati, isterinya telah menuduh rakan lama Norman atas sebab merogol. Dalam cerita tersebut, mahkamah di Perancis telah memutuskan nasib pertuduhan serta perbicaraan dengan cara bertempur diantara kedua-dua rakan lama itu.

Filem ini mungkin akan diterbitkan secara bersama diantara 20th Century Fox dan Disney.

Ini kali kedua Matt Damon dan Riley Scott bekerjasama selepas filem The Martian. Scott dan Kevin Walsh akan menerbitkan filem ini bersama-sama Damon dan Affleck. Setakat ini, tiada tarikh tayangan diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here