Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Matmoto Review


mat-moto-e1448168505198

Salam mat-mat motor semua! Dah pergi tengok filem Matmoto arahan Pekin Ibrahim? Yaa! Pekin Ibrahim, bukan filem satu lagi yang murah taraf drama tuuu. Amacam best tak cerita dia? Tak best? kenapa kau nak ada aksi lumba-lumba macam filem motor lain ke? Kalau korang harap cerita ada lumba-lumba macam KL Menjerit kau tengok filem Matmoto satu lagi tu, yang tu ada lumba-lumba.

Btw, kami baru sahaja selesai menonton filem ini (walaupun dapat jemputan, tapi kami rela pergi dengan membeli tiket) dan komen kami, brilliant! Sebuah filem yang patut dicontohi oleh pengarah-pengarah lain.

Walaupun filem ini sebenarnya lebih kepada “biographical film” iaitu kisah asal seseorang karakter, ianya banyak memberi moral dan kesan positif kepada penonton terutamanya yang menganggap mat motor ni seorang yang jahat, banyak buat jenayah, perogol, pelumba haram dan macam-macam lagi tanggapan negatif masyarakat.

TONTON TRAILER FILEM MATMOTO

Jujur kami katakan, yang pada mulanya kami ingat filem ini seperti filem-filem mat motor yang lain seperti Remp-it, KL Menjerit dan lain-lain lagi. Tapi tanggapan kami meleset. Mana kau nak tengok filem bukan keagamaan yang banyak mengajak kita kearah kebaikan kalau bukan Matmoto? Kebanyakkan gaduh, peluk sana sini, gelak serupa setan. Tapi filem Matmoto lengkap dengan peringatan akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kudos to Pekin!


matmoto AL

Walaupun penampilan Falisha Croosley sedikit ketat, atleast ada mesej yang disampaikan oleh mat motor dalam filem ini.

Kami juga suka melihat gaya lakonan pelakon-pelakon yang pernah membintangi watak dalam filem-filem yang melibatkan motor. Sebagaimana mereka “acting” dalam filem lakonan mereka, macam itu juga mereka berlakon filem ini. Contohnya ayat Spark lakonan Zul Huzaimy “lu bikin gua panaaaaass je!” Macamana dia sebut dalam filem Remp-it  macam tu lah dia sebut dalam filem Mat Motor.

Jadi kalau korang tengok bagaimana watak-watak mereka dalam filem ini dimainkan semula oleh pelakon-pelakon tersebut, pasti korang teringat filem-filem berkaitan mat motor sebelum ini.

Kalau korang tidak tahu, sebenarnya karakter Shahrul, Spark, Acai, Mus, Pit dan Farouk dalam filem Matmoto merupakan karakter-karater utama dalam filem seperti Remp-it, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, KL Menjerit dan Gila-Gila Remaja. Kemunculan karakter-karakter tersebut dalam filem ini bagi kami lebih kepada watak cameo sahaja.

matmoto falisha

Lakonan

Dari segi gaya lakonan, memang tak perlu dipertikaikan. Kesemuanya terbaik. Maklumlah mereka semua sangat berpengalaman dan pernah merangkul anugerah, jadi gaya lakonan tidak perlu dipertikaikan. Cuma yang paling menonjol dalam kalangan karakter-karakter cameo adalah Acai lakonan Shaheizy Sam, memang kelakar, sampai sekarang kami teringat tag line dia “kepalaa buuuuu.. dak kecik” dan “biru bohjan!” Haha!

matmoto acai

Perjalanan cerita

Dari segi perjalanan cerita agak simple dan mudah difahami, kisah lelaki bernama AL (siapa yang betul-betul mat motor pasti mengenali individu bernama AL) dan seorang gadis bernama… merantau ke empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka untuk mencari helmet demi rakannya.

Simple tak pening kepala, tiada orang jahat tiada hero heroin. Cuma agak tersentuh hati pada penghujung penceritaan.

matmoto shahrul

Cuma yang tak best, sekejap sangat Pekin kau berlumba dengan Si Rosyam Nor  tu. Huhu.

Jadi, kepada yang belum menonton filem ini, kami strongly recommended pergi tonton filem ini, terutamanya yang melabelkan mat motor ni budak jahat. Banyak mesej yang kita boleh belajar dalam filem ini. Dan buat Pekin & the krew, kipidap, diharap dapat menghasilkan lagi filem-filem berkualiti dan terus menghasilkan filem yang bermutu. Mungkin filem mat motor besau pula?

P/s: filem Matmoto satu lagi. Maaf malas nak review filem tahap drama.

Sapa nak cokoroi? kah4