Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari


Filem terbitan Studio Kembara, Mat Kilau, terus menunjukkan prestasi baik di box office tempatan dengan menambah jumlah kutipan sebanyak RM3 juta dalam tempoh tiga hari tayangannya. 

Sejak ditayangkan pada Khamis yang lalu, Mat Kilau segera mendapat perhatian peminat filem tempatan, dan rata-rata mereka memuji kehebatan filem arahan Syamsul Yusof ini.

Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, bersyukur dengan sambutan menggalakkan dari penonton.

“Kami harus berterima kasih kepada penonton yang membanjiri pawagam di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.” ujarnya kepada Berita Harian.

“Kutipan jualan tiket pada hari pertama sebanyak RM1 juta dianggap rekod tertinggi dan sangat bererti kepada kami dan industri filem.


“Ini memberi mesej penonton sudah sekian lama menanti karya begini. Ia juga membuktikan mereka menyokong penerbit yang menghasilkan filem seperti ini,” 

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan diterajui Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem epik sejarah tempatan ini turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Selain itu juga, ia turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee