
Filem blockbuster tempatan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini berjaya menduduki senarai trending top 10 Netflix selepas ia tersedia di perkhdimatan streaming itu sejak 16 September yang lalu.
Sejak ia memasuki Netflix, filem arahan Syamsul Yusof itu kembali diperkatakan peminat terutamanya kepada penonton yang tidak berpeluang untuk menyaksikan filem epik sejarah itu di pawagam.
Walaupun terdapat reaksi bercampur-campur, ia tidak menghalang filem tersebut untuk berada sebaris dengan kandungan antarabangsa popular di Netflix seperti The Crown, Narco-Saints dan Little Women.
Berdasarkan tokoh sejarah penghujung abad ke-19, Mat Kilau mengisahkan bagaimana pahlawan lagenda itu menjadi tokoh pemberontakan menentang penjajah British untuk melindungi tanah air mereka. Bersama bapa dan rakan senegaranya, Mat Kilau memimpin rakyatnya ke dalam peperangan gerila selama beberapa tahun, sekali gus menjadikannya simbol kebebasan dan kemerdekaan.
BACA: REVIEW FILEM MAT KILAU – KEBANGKITAN PAHLAWAN
Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem drama sejarah itu dibintangi Adi Putra sebagai Mat Kilau, di samping Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Rahim Razali, dan Jalaludin Hassan.
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini boleh di strim di Netflix