Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

“Mat Kilau” Cipta Rekod, Menjadi Filem Melayu Paling Pantas Kutip Lebih RM 20 Juta


Walaupun berhadapan dengan saingan filem-filem Hollywood sepertiĀ Top Gun: Maverick, ElvisĀ dan yang terbaru,Ā Minion: The Rise of Gru,Ā filem arahan Syamsul YusofĀ Mat KilauĀ terus menunjukkan prestasi baiknya di pasaran box office tempatan.

Dalam perkembangan terbaru, Mat KilauĀ telah merekodkan kutipan minggu pertama sebanyak RM23.3 juta, sekaligus mencipta rekod dengan menjadi filem Melayu yang mencapai kutipan RM20 juta dalam tempoh 7 hari tayangan.Ā 

“Izin Allah. Mat Kilau masih berjaya menduduki carta box office No.1 mengatasi filem Hollywood Minions, Jurassic World, Elvis & Top Gun Maverick.”Ā tulis Syamsul Yusof di Instagram miliknya.Ā 

“Fastest epic Malay film to reach 23.3 million in just 7 days. #matkilau”

Mat Kilau Kebangkitan PahlawanĀ diterajui Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Filem epik sejarah tempatan ini turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan Asā€™ari (Yassin).


Selain itu juga, ia turut menampilkan beberapa pelakon hebat sepertiĀ Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ā€˜Kau vs Akuā€™ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee