Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Filem epik sejarah Mat Kilau berjaya mencipta sejarah untuk filem tempatan pada tahun ini apabila menjadi filem Melayu pertama yang mengutip RM 1 juta pada hari pertama tayangan.

Berita baik itu disambut gembira oleh pengarahnya, Syamsul Yusof, yang menzahirkan rasa syukur atas pencapaian yang membanggakan ini. 


“Saya sebagai pengarah bersama pelakon dan pasukan penerbitan dengan rasa rendah diri, sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggakan ini.” ujar Syamsul kepada Harian Metro

“Seperti apa kita tahu, dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik Melayu pertama kutipan tertinggi dalam sejarah bagi filem epik. Jadi tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah. Rezeki daripada Allah”

Bagi Syamsul, dia amat berbangga kerana Mat Kilau mampu bersaing dengan filem-filem Hollywood yang sedang ditayangkan di pawagam temaptan. 

“Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem Hollywood lain. Kita mampu bersaing dengan dengan orang lain dalam apa juga bidang. Mat Kilau bukan saja pecah rekod pembukaan hari pertama malah mengetepikan filem Hollywood lain yang sedang ditayangkan di Malaysia,” 

Mat Kilau mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra ,mengalas tanggungjawab sebagai pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga dan ramai lagi. 

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Related posts

PERJALANAN PERTAMA: ‘Papar Kisah ‘Road Trip’ Datuk & Cucu, Tampilkan Gandingan Pelakon Hebat Dua Negara

Kakimuvee

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

Leave a Comment