Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Masa Untuk Membalas Dendam Dalam Trailer Penuh “RUROUNI KENSHIN: THE FINAL/THE BEGINNING”

Trailer penuh “Rurouni Kenshin: The Final/The Beginning” telah dilancarkan awal hari ini, memaparkan rakaman terbaru serta pertarungan hebat yang anda boleh jangkakan dalam filem akan datang. Anda boleh tonton trailer penuh tersebut dibawah. 

Dua filem finale “Rurouni Kenshin” iaitu “The Final” dan “The Beginning” pada awalnya ditetapkan tayangan pada 3 Julai 2020 dan 7 Ogos 2020, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia ditunda ke April dan Mei tahun ini.

Finale “Rurouni Kenshin” berdasarkan kisah Jinchu, kesimpulan kepada manga asal. Filem pertama membongkar misteri parut bersilang pada wajah Kenshin, sementara filem kedua akan mengikuti pertembungannya terhadap musuh yang paling menakutkan, Enishi.

Berdasarkan manga karya Watsuki Nobuhiro, siri filem live action “Rurouni Kenshin” telah bermula pada 2012, diikuti dua sekuel berjudul “Rurouni Kenshin: Kyto Inferno” (2014) dan “Rurouni Kenshin: The Legends End” (2014).

Takeru Satoh kembali memainkan peranannya sebagai Kenshin Himura. Dia turut disertai Emi Takei sebagai Kaoru Kamiya, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara, Yu Aoi sebagai Megumi Takani dan Riku Ohnishi sebagai Yahiko Myojin

Warner Bros. Japan menjadi pengedar untuk filem live-action “Rurouni Kenshin: The Final/The Beginning”.

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment