Berita

Marvel's What IF...? Akan Mengandungi 10 Episod, Musim Kedua Kini Dalam Perancangan

Views

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige menjelaskan bahawa siri animasi Marvel's What IF...? akan bersiaran selama sepuluh episod di platform penstriman video Disney+. Penjelasannya itu sekaligus menolak khabar angin peminat yang menyatakan bahawa animasi tersebut akan bersiaran selama 23 episod pada musim pertama.

Sementara itu, semasa bercakap kepada wartawan Buzzfeed Brazil di CCXP Brazil Comic Con, Feige turut mendedahkan bahawa musim kedua kini sedang dirancang, dan siri animasi itu akan meneroka 23 filem-filem MCU dengan penceritaan yang berbeza.

"I’m very happy that we’re doing the What If…? series for Disney+ right now, and I’ve seen most of them. We have ten for Season 1, we’re already working on the next ten for Season 2,

We’ve revealed one that is very exciting, we’ve talked about it for years, which is the one where Peggy Carter gets the Super Soldier serum and becomes Captain Carter. That’s the very first episode, and I’m excited for people to see that. I’m excited to see the finished version of that, and I’m excited for the world to see it."

What..If? pertama kali diperkenalkan Marvel pada tahun 1977 dan lebih 200 isu telah diterbitkan. Komik-komik tersebut menceritakan bagaimana sejarah Marvel Universe akan berubah sekiranya mereka melakukan perubahan-perubahan penting dalam kontinuiti Marvel. Sebagai contoh komik What if Spider-Man didn’t become a crimefighter? What if Thanos joined the Avengers? 

Animasi akan datang menyaksikan, Jeffrey Wright bakal membawa peranan sebagai The Watcher dan akan turut dibintangi pelakon-pelakon asal MCU seperti Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Chris Hemsworth, Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Karen Gillan, Jeremy Renner, Paul Rudd, Michael Douglas, Neal McDonough, Dominic Cooper,  Sean Gunn, Natalie Portman, David Dastmalchian, Stanley Tucci, Taika Waititi, Toby Jones, Djimon Hounsou, Jeff Goldblum, Michael Rooker dan Chris Sullivan.

What If…? akan disiarkan di laman streaming Disney+ pada tahun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks