Berita

Marvel Tukar Lagi Tarikh Tayangan THOR: LOVE AND THUNDER

Views

Pandemik Koronavirus telah menyebabkan hampir keseluruhan filem-filem Marvel terpaksa ditunda. Antara yang terkesan adalah Thor: Love and Thunder yang ditukar tarikh tayangan dari 5 November 2021 ke 18 Februari 2022.

Terbaru, Marvel dan Sony sekali lagi menyusun jadual tayangan, hasilnya, Thor: Love and Thunder telah diberi tarikh baru iaitu 11 Februari 2022, awal seminggu dari tarikh tayangan sebelum ini.

Thor: Love and Thunder menyaksikan Taika Waititi kembali menjadi pengarah. Filem kali ini akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Berikut adalah tarikh-tarikh baru filem-filem Marvel:

  • Black Widow — November 6, 2020
  • The Eternals — February 12, 2021
  • Shang-Chi and the Legend of The Ten Rings — May 7, 2021
  • Untitled Third Spider-Man MCU Movie — November 5, 2021
  • Thor: Love and Thunder — February 11, 2022
  • Doctor Strange in the Multiverse of Madness — March 25, 2022
  • Black Panther 2 — May 6, 2022
  • Captain Marvel 2 — July 8, 2022
  • Untitled Marvel — October 7, 2022

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks