Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Marvel Televison Mungkin Menyerahkan Kesemua Rancangan Televisyen Kepada Marvel Studios

Seperti peminat-peminat tahu, Marvel Studios kini sedang membangunkan beberapa rancangan televisyen bermodal besar untuk laman penstriman video Disney+. Kini terdapat perkembangan terbaru mungkin akan menandakan pengakhiran buat Marvel Television.

Sehari selepas Hulu membatalkan rancangan Ghost Rider, berkemungkinan besar kesemua rancangan televisyen dimasa akan datang akan diuruskan oleh Kevin Feige & Marvel Studios.

Menurut sumber dalaman Marvel Television, mereka kini hanya mempunyai beberapa siri projek ‘live action” yang sedang berjalan. Helstrom antara rancangan yang masih bertahan, manakala beberapa rancangan lain telah pun dibatalkan atau mungkin tidak akan disambung (status Runaways dan Cloak & Dagger masih lagi belum diputuskan sama ada disambung atau ditamatkan)

Sumber itu turut menyebut, Marvel Studios pada dasarnya akan bertanggungjawab terhadap segala-galanya untuk memastikan setiap rancangan memiliki kualiti yang konsisten

“Marvel Studios execs and Feige held meetings early on to discuss how to maintain the visual standard fans have come to expect from Marvel’s films while still bringing their budgets more in line with other TV shows.”

Walaupun begitu, mereka masih menjangkakan bahawa kos akan lebih mahal daripada rancangan Marvel di Netflix.

Selepas dikritik teruk dan berhadapan dengan pembatalan besar-besaran, Disney dilihat mahu perubahan dilakukan. Marvel Television masih lagi belum pulih dari dimalukan selepas rancangan The Inhumans gagal dengan teruk dikaca televisyen.

Sumber: Variety

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment