Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Marvel Super Bowl Spot Dedahkan Pandangan Pertama Loki, Falcon And The Winter Soldier & WandaVision!


Sesuatu yang menarik telah didedahkan Marvel Studios semasa kejohanan Super Bowl. Pandangan pertama siri Marvel Disney+ Loki, Falcon and the Winter Soldier dan WandaVision telah didedahkan dalam iklan komersial Super Bowl yang pasti memberikan keterujaan kepada para peminat-peminat Marvel. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Loki ditulis penulis Rick and Morty, Michael Waldron dan diarahkan Kate Herron. Tom Hiddleston meneruskan wataknya sebagai Loki, manakala Sophia Di Martino dan Owen Wilson akan membawa watak baru dalam siri akan datang. Loki dijangka memenui penonton pada penghujung musim bunga 2021.

Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing dalam siri The Falcon and The Winter Soldier sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13, manakala Wyat Russel akan memainkan peranan sebagai John Walker aka U.S. Agent. The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan menemui penonton pada Ogos tahun ini.

WandaVision dibintangi Elizabeth Olsen dan Paul Bettany yang kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings, Randall Park yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn sebagai jiran kepada Wanda.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee