Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Umum Tarikh Tayangan Filem Fasa Empat, Sehingga 2022

Fasa ketiga Marvel Cinematic Universe (MCU) semakin hampir ke penghujung. Namun begitu, beberapa tajuk filem fasa keempat MCU masih dirahsiakan oleh studio berkenaan dari pengentahuan peminat-peminat filem Marvel.

Menurut presidennya, Kevin Fiege, mereka akan mengumumkan tajuk-tajuk filem fasa keempat sejurus selepas tayangan filem Avengers 4 yang akan ditayangkan pada 3 May 2019. Untuk maklumat, Avengers 4 adalah filem penutup bagi fasa ketiga MCU.

Setakat yang diketahui sehingga kini, filem Spider-Man: Homecoming 2 dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 sahaja antara filem yang disahkan akan berada dalam fasa keempat, manakala Black Widow masih belum menerima lampu hijau dari pihak studio dan masih dalam perancangan awal.

Walaupun pihak studio merahsiakan tajuk-tajuk filem fasa 4 dari pengentahuan peminat, pihak Marvel telah memulakan langkah awal perancangan fasa keempat MCU dengan mengumumkan tarikh-tarikh tayangan filem berkenaan sehingga tahun 2022. Anda boleh lihat tarikh tayangan filem yang telah ditetapkan Marvel Studios dibawah:-

Fasa 3 MCU

Avengers: Infinity War (17 April, 2018)
Ant-Man and the Wasp (6 Julai, 2018)
Captain Marvel (8 Mac, 2019)
Avengers 4 (3 Mei, 2019)

Fasa 4 MCU

Spider-Man 2 (5 Julai, 2019)
Untitled Movie (1 Mei, 2020)
Untitled Movie (31 Julai, 2020)
Untitled Movie (6 November, 2020)

Untitled Movie (7 Mei, 2021)
Untitled Movie (30 Julai, 2021)
Untitled Movie (4 November, 2021)
Untitled Movie (18 Februari, 2022)
Untitled Movie (6 Mei, 2022)
Untitled Movie (29 Julai, 2022)

Kepada peminat filem Marvel, apakah filem-filem Marvel yang bakal diumumkan oleh Marvel Studios?

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment