
Marvel Studios akhirnya telah mengumumkan tarikh tayangan untuk debut Disney+ yang akan datang bagi filem MCU arahan Chloé Zhao, Eternals. Selepas lebih dua bulan sejak tayangan pawagamnya, filem itu akan tersedia secara rasmi untuk penstriman pada 12 Januari 2022, secara eksklusif di Disney+.
Marvel Studios' #Eternals arrives to @DisneyPlus on January 12 ✨ pic.twitter.com/qpw4CGvHUZ
— Eternals (@TheEternals) December 10, 2021
Walaupun menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik, Eternals masih mampu menjadi filem yang mendapat kutipan pembukaan kedua terbesar di seluruh dunia sejak pandemik bermula, dengan kutipan kasar melebih $380 juta dolar.
Jika dibandingan dengan filem-filem dari The Infinity Saya, Eternals mampu memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding The Incredible Hulk dan Captain America: The First Avengers. Walau bagaimanapun, buat masa ini ia masih merupakan filem Fasa 4 dengan kutipan terendah, menduduki tempat ketiga di belakang Black Widow dan Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings.
Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants.
Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman.
Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.