Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Telah Mulakan Pembangunan Filem Deadpool 3?


Perkembangan terbaru ini masih belum dapat disahkan, tetapi khabar angin terbaru menunjukan filem Deadpool 3 telahpun memulakan pembangunannya dibawah bumbung Disney/Marvel Studios. Pihak Disney dikatakan telah mewujudkan ‘syarikat tidak aktif’ yang digelar “Finger Gun Productions LLC”.

Menurut laporan dari HN Entertainment, “Finger Gun” merujuk kepada perbuatan Wade Wilson yang suka mengayakan ‘pistol jari’ seperti yang ditunjukkan dalam filem, komik, poster serta barang mainan dan segala barang dagangan.

Sebelum ini terdapat pertemuan diantara beberapa individu penting Deadpool bersama pihak Marvel Studios. EntertainmentlyWeekly pernah mendedahkan bahawa penulis Paul Wernick telah bermesyuarat dengan pihak studio untuk membincangkan masa depan filem Deadpool, terutamanya mengenai pengekalan status ‘r-rated’

Selain itu juga, Ryan Reynold pernah kongsikan beberapa gambar, dan salah satunya berlatarbelakangkan logo Marvel Studios, mungkin membincang sesuatu mengenai filem Deadpool seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

Investigation heading into year 5. Or as I call it, ‘Phase 5.’ The point is, I love conspiracy-yarn. #LeakAversary

A post shared by Ryan Reynolds (@vancityreynolds) on

Pada pertengahan Oktober yang lalu, Marvel studios dilaporkan telah mewujudkan syarikat ‘dummy’ yang digelar “Pym Particles Productions III LLC”. Kewujudan syarikat yang tidak aktif itu menimbulkan spekulasi dikalangan peminat mengenai pembangunan filem Ant-Man 3 – berdasarkan nama syarikat tersebut.


Pada Jumaat yang lalu, pihak studio akhirnya mengesahkan spekulasi peminat selepas menamakan Peyton Reed sebagai pengarah Ant-Man buat kali ketiga.

Setakat ini, peminat masih boleh menganggap kaitan diantara syarikat “Finger Gun Productions LLC” dan Deadpool 3 sekadar khabar angin sahaja. Apapun kita nantikan sahaja perkembangannya dalam masa yang terdekat.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee