BeritaSiri TV

Marvel Studios Tangguhkan Produksi Siri Disney+ ‘Hawkeye’

Views

Produksi siri terbitan Marvel Studios dan Disney Plus, Hawkeye telah ditangguhkan tanpa sebab-sebab yang diketahui. Siri tersebut sepatutnya memulakan produksi pada Julai ini, namun pihak studio yang telah menyingkirkan dari jadual penggambaran untuk tahun 2020.

Tanda-tanda bahawa produksi siri ini akan ditangguh mula kelihatan sejak beberapa bulan yang lalu lebih-lebih lagi kontroversi yang melanda pelakon utamanya, Jeremy Renner. Terdapat juga sumber yang mengatakan, penangguhan berpunca dari masalah jadual penggambaran pelakon Hailee Steinfeld. Bekas pelakon Bumblebee itu masih lagi dalam rundingan untuk membawa watak Kate Bishop, anak murid Hawkeye dalam siri akan datang.

Sementara itu, penangguhan produksi Hawkeye menyaksikan pihak studio menganjak lebih awal produksi siri Ms. Marvel ke bulan April. Selain itu juga, siri Moon Knight dan She-Hulk telahpun memulakan pencarian pelakon dan dijangka akan memulakan penggambaran lebih awal dari Hawkeye.

Hawkeye dijadualkan tayangannya di Disney+ pada musim luruh 2021, namun dengan berita penangguhan siri ini tidak dipastikan sama ada tarikh tayangan akan turut ditukar ataupun tidak.

BACA:  Rosario Dawson Sertai THE MANDALORIAN Musim Ke-2 Sebagai Ahsoka Tano!

Sumber: Murphy’s Multiverse

Tinggalkan Balasan

shares